Aqiqah Kambing dan Lembu

Sabtu, 28 September 2013
Untuk melakukan Aqiqah disunatkan dengan menyembelih seekor Kambing Aqiqah bagi setiap anak,  dan jika anak itu anak lelaki dan sekiranya mampui hendaklah disembelih 2 ekor kambing sebagaimana A’isyah ra katanya :


“Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan” (Hadith riwayat al-Tirmudzi)
Sesetengah ulama seperti Ulama’ Mazhab membenarkan aqiqah menggunakan lembu sebagaimana hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi saw bersabda :-
“Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing” (Hadith riwayat al-Tabarani)



Walau bagaimanapun mereka berbeza pendapat berkenaan bahagian yang diperlukan untuk aqiqah tersebut.
Menurut  Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing.


Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :-
Mazhab Syafie meletakan keperluan membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban  iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu manakala Mazhab Maliki dan Hanbali pula,  satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.


Berdasarkan hadith Nabi saw
“Setiap anak lelaki di gadaikan dengan aqiqahnya”, eloklah dilaku setiap bahagian lembu tersebut (1/7) kepada setiap anak-anaknya. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi saw melakukan aqiqah kepada setiap seorang cucunya, Hasan ra. dan Husein ra. (Hadith Riwayat Abu Daud)


Untuk melakuankan aqiqah ini bolehlah mengupah mana-mana orang itu menguruskan proses menyembelih, melapah dan memasak kambing tersebut sekiranya diri sendiri tidak berkebolehan melakukanya.
Diriwayat bahawa ‘Aisyah ra. berkata mengenai daging aqiqah :-


“Ia hendaklah di potong berkeping2, kemudian dimakan dan diberi kepada yang lain” (Riwayat Ibn Abi Shaibah didalam al-Musannaf)
Di riwayatkan bahawa Ibn Sirin dan Hasan al-Basri berkata :
“Sesungguhnya disisi mereka bahawa aqiqah dianggap seperti korban, dimakan (sebahagian) dan diberi (sebahagian)” (Riwayat Ibn Abi Shaibah)

Daging aqiqah tersebut bolehlah diagih ke masjid, diberi kepada tetamu yang datang kerumah untuk kenduri cukur rambut dan tidak lupa juga jika ada lebih, diberikan sebagai sedekah kepada kafir miskin.


Daging Kambing Aqiqah tersebut bolehlah disedekah secara mentah atau memasaknya dan diberikan kepada orang miskin, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan sesiapa yang difikirkan boleh menerimanya

0 komentar:

Posting Komentar

Pengikut

Blogroll